Monday, August 14, 2017

Family Vacation to Pulau Perhentian Besar


Untuk entry kali ni, aku nak kongsi pengalaman organize sendiri percutian dengan keluarga. Empat bulan plan akhirnya semua berjalan lancar dengan family yang happening. So location bertuah kali ni Pulau Perhentian Besar sebab kami nakkan tempat yang agak privacy dengan aktiviti-aktiviti sendiri. Dengan bajet RM300 per pax included Resort with Aircond for two nights, lunch, dinner, snorkeling trip with equipment and boat transfer to Pulau Perhentian Besar. 

Bus ekspress Perdana from Klang Sentral - Kuala Besut Terminal Bus Station. Untuk perhentian makan dan rehat, bas ni akan berhenti dekat stesen Hentian Bas Perdana sendiri dan terus ke Kuala besut. Perjalanan Klang Sentral ke Kuala Besut mengambil masa selama 9 jam dengan 3 kali perhentian (Shah Alam-TBS-Hentian Rehat Perdana Ekspress). 

5am selamat sampai di Terminal Bas Station, jalan kaki je ke masjid untuk solat subuh dan persiapan diri memasing. Breakfast and terus ke pejabat MIEHA HOLIDAYS yang dekat je dengan Jetty Kuala besut. Untung sangat, semua diuruskan pihak ejen. 

Aku cakap senget, dorang cakap hipster 😅
Okay,masa ni semua semangat lagi. Tak sabar nak tengok air laut macam air swimming pool.
View yang jarak beza masa hanya 20minit. *bukan port yang cantik untuk tengok sunrise
On the first day, memang free aktiviti. Since kami ramai, boleh buat dua team. Macam-macam aktiviti boleh main. Baling selipar, bola tampar, bola sepak pantai. Mini tiang gol and net memang ada kat pantai tu so gunakan lah sebaiknya. 

Sabtu -12 August 2017 - 

Aktiviti bermula dengan first point-Turtle Point. Point ini untuk biasakan dengan equipment masing-masing sebelum bergerak ke point seterusnya. Masih berdoa untuk jumpa penyu for the next point. 
Berhenti dekat Kampung Nelayan untuk lunch. Try je apa yang ada. 
Since semua dah lapar, kami pilih kedai yang sediakan nasi campur instead of goreng-goreng. Harga untuk 11 orang makan dalam RM97 (dengan ais kosong) 😁 Lepas lunch sambung lagi snorkel sampailah semua balik kat boat sendiri sebelum boatman panggil untuk naik. hahah
Ada banyak lagi gambar masing-masing dengan ikan tapi ni je yang terpilih. Oh, masa dekat turtle point, bertuah dapat jumpa Sang Penyu tengah makang plankton kat dasar. Boatman dapat record video dia dengan jelas. Cantikkkk sangat ciptaan tuhan. 
Siapa yang yakin untuk bukak lifejacket dan boleh berenang, boleh selam ke dasar untuk view lagi cantik. 
*Pastikan dengan pengawasan orang pakar untuk menyelam. 

Last but not least, untuk kumpulkan family yang 13 orang ni cukup payah. Alhamdulillah semua ada masa untuk luangkan dengan family. Harapan untuk next trip akan datang, semoga lebih ramai yang join, dimurahkan rezeki, perjalanan yang lancar, pengalaman yang tersemat dihati dan dilindungi Allah SWT. Aamiin~


Photo Gallery






Owner GoPro Hero 5
Owner blog 😏

#SrDiFamSquad
- 14 August 2017 -

No comments:

Post a Comment